Tuesday 19 October 2021

Apa itu SPP?

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Visi

Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan

Misi

Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif

Objektif

Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif


Begitulah serba sedikit mengenai SPP yang cikgu ingin kongsikan.

Interview SPP

 Assalammualaikum dan haii, 

Apa khabar? Sihat semuanya.. Alhamdulillah, semoga dalam lindungam dan rahmat Allah selalu.

Interview atau temuduga SPP secara dalam talian yang sedang berlangsung bagi fasa ke 2 kali ini sangat mendebarkan. Alhamdulillah berjaya mendapatkan nama dalam sesi temuduga 18/9/2021 nanti. Sesi 9pagi.

Buat kawan2 yang berjaya memdapat temuduga, semoga dipermudahkan urusan temuduga kalian. Ikut arahan dan panduan yang diberikan.

Semoga kita semua mempunyai rezeki untuk memdapatkan kerjaya tetap sebagai pendidik bangsa.

#senyum #theshakiraa



Apa itu SPP?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau SPP Sejarah SPP SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil dar...